Resepi Ikan Bakar Sambal guna 'Air Fryer'
Ikan masih berjus walau ia dibakar dengan air fryer.
Tips :
๐ balut ikan dengan daun pisang
๐ set kan air fryer
▪️suhu 190 darjah
▪️masa 10 minit
๐ jika nak ada rasa garing sikit (bukak sikit daun pisang dan sambung bakar sikit lagi
▪️suhu 200 darjah
▪️masa 3-5 minit
*kena pastikan daun pisang tu kemas tau,takut nanti akan terbang kena coil ๐
Resepi Ikan Bakar Sambal
Bahan A
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
Sedikit kunyit
Sedikit lengkuas
2 batang serai
1 biji cili padi
Sedikit belacan
๐kisar semua bahan di atas
Bahan B
Cili kering (nak pedas letak lebih sikit)
๐kisar hingga lumat
Bahan C
Asam jawa
Gula melaka
Daun kesum
Sedikit air
Sedikit garam
Cara-cara :
1. Tumis bahan B hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan A, tumis lagi hingga pekat.
3. Selepas tu masukkan bahan C.
4. Kemudian lumurkan kat ikan(letak sikit garam kat ikan).
5. Balut ikan dengan daun pisang.
6. Masukkan ke dalam bakul air fryer.
7. Kemudian setkan air fryer
▪️ suhu 190 darjah
▪️ masa 10 minit
8. Sambung balik (jika suka garing sikit)
▪️ suhu 200 darjah
▪️ masa 3-5 minit
Ps: Orait!,nanti panjang-panjangkan lah resepi ni kat sesiapa yang minat makan ikan bakar sambal ye.
Sumber: t.me/daridapurabeawe
Comments
Post a Comment