Resepi Sambal Ikan Bakar

RESEPI SAMBAL IKAN BAKAR.

Bahan-bahan utk sekor ikan.
• segenggam cili kering yg direndam
• 4 ulas bawang putih
• 1 biji bawang holland size sederhana
• 2 inch halia
• 2 inch kunyit hidup
• 1 sk kunyit serbuk
• 2 batang serai
• 1/2 cawan susu cair ( kalau ada santan guna santan )
• 1/2 cawan air
• 1/4 cawan minyak masak
• gula dan garam secukupnya

Cara-cara
• blend semua bahan di atas sehingga halus
• lumur rata pada ikan
• perap ikan selama 30 minit ( lagi lama lagi sedap )
• kemudian panaskan oven 200°c selama 10 minit
• bakar selama 15 minit api atas bawah
• kemudian tukar kepada api atas sahaja dan bakar lagi selama 5 minit
• siap

Jangan lupa air asam / sambal belacan !

Selamat mencuba.

kredit: nur haziqah

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Ikan Siakap Goreng Berlada