Resepi Siakap 3 Rasa Ala Thai

RESEPI SIAKAP 3 RASA ALA THAI PASTI LICIN

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap
2 sb minyak – untuk menumis
Garam secukupnya
Tepung jagung 2 sudu
Lada sulah
Kunyit serbuk
Garam

Bahan Cincang Halus:
1 biji bawang besar di dadu
3 ulas bawang putih di cincang
3 cm halia muda hiris
Bahan Hiasan
1 biji cili benggala di dadu ( boleh ganti dengan lada merah besar)
Nenas di dadu ( kalau tak ada boleh ganti dengan perahan limau nipis 1sb)
Bahan Dihiris Halus:
3 helai daun limau purut
Daun bawang untuk hiasan

Bahan-Bahan Sos:
3 sb cili kisar
2 sb sos tomato
3 sb sos cili
2 sb sos ikan
2 sb gula pasir
1 sb sos tiram
Garam
3 sb sos cili thai (tengok gambar)

Cara Memasak:
1.Lumur dengan garam kunyit, lada sulah, tepung jagung dan digoreng garing.
2.Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit.
3.Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain serta garam dan gula.
4.masukkan bahan-bahan hiasan.
5. Masukkan bahan hiris halus.
6.Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng.
7.Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas panas.

Credit latifah abu bakar

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Ikan Siakap Goreng Berlada