Resepi Siakap Stim Paling Mudah
RESEPI SIAKAP STIM PALING SIMPLE
===========================
.
Bahan2 :
Ikan siakap - 1 ekor
Halia - 4 inci (lg byk lagi sedap)
Serai - 5-7 batang
Bwg putih - 10 ulas (lg byk lagi sedap)
Bwg merah besar - 1 labu
Bwg holland besar - 1 labu
Cili besar merah - 1 tangkai
Cili kecik merah - 5 tangkai
Cili kecik hijau - 5 tangkai
Tomato besar - 1 biji
Buah lemon - 1 biji (perah & ambik jus sahaja)
Kiub ayam Knorr - 2 kiub
Pati limau nipis - secukup rasa
Sos ikan Thai - secukup rasa
Garam, Perasa & Gula - secukup rasa
Daun ketumbar
.
.
Cara membuatnya :
1. Perap ikan bersama kiub ayam yg dicampurkan dgn pati limau nipis (dlm gambar)
.
2. Potong ke semua bahan2 (dlm gambar)
.
3. Dah siap potong semua bahan, sumbatkan je bahan2 tu dlm perut ikan mcm mengandung
..Baki bahan tu boleh tabur je kat atas ikan. Masukkan terus jus lemon + pati limau nipis + sos ikan + sedikit garam + perasa + gula
(P/S : Garam jgn terlebih sebab sos ikan dah masin)
.
4. Masukkan air & tutup periuk @ kuali. Biarkan sehingga ikan masak.
.
5. Sebelum tutup api, taburkan daun ketumbar yg dh siap hiris (dlm gambar). Gaul rata, biar seketika & time ni boleh rasa semula tambah ape yg belum cukup. Siappp!!
.
6. Hidangkan bersama2 sayur kailan ikan masin & sambal belacan
.
P/S : Hakak suka letak semua bahan banyak2 sebab memang akan ratah semua tu..boleh buang angin dlm badan..
.
Nota kaki : Hakak tak guna pengukus pun masak ni..sebab kawan hakak yg keje tukang masak di restoran thai tu ckp mcm ni je dia masak..hihi sebab tu lebih cepat & senang
.
.
Credit: dapur pakcu
Comments
Post a Comment