Posts

Showing posts from April, 2020

Resepi Siakap Sos Limau Purut

Image
Resepi Ikan Siakap Sos Limau Purut Bahan-bahan: 1 ekor ikan siakap (i suke belah bhgn perut & biar bhgn tulang belakang die je. not in this picture though) bawang putih - cincang halus bawang besar - chopped halia seinci - hiris halus 4 sudu makan cili boh 4 sudu sos ikan Namphla 3 sudu sos tiram daun limau purut 4 helai - hiris halus 4 sudu jus limau kasturi tepung jagung utk goreng ikan, dan utk buat sos 1/2 cawan air garam n gula secukup rasa kiub ikan bilis maggi secukupnya cili padi 6 batang - hiris halus cara-cara: cuci ikan dgn air asam jawa hingga bersih utk hilangkan hanyir ikan lumur ikan dgn garam dan tepung jagung seckupnya goreng dlm minyak panas hingga garing . ketepikan. untuk sos: tumis bawang putih, bawang besar, halia hingga naik bau masukkan cili boh - tumis smpai garing masukkan daun limau purut, jus limau, sos ikan namphla & sos tiram - kacau sebati masukkan cili padi yg dihiris perasakan dgn garam, gula, kiub ikan bilis maggi masukkan air lastl

Resepi Ikan Siakap Masak Pedas Ala Thai

Image
Ikan Siakap Masak Pedas Ala Thai Bawang putih - lenyek Bawang Holland (besar) - hiris halus Daun limau purut -hiris halus Serai - kisar Cili api - kisar Panaskn kuali. Satu senduk minyak. Tumiskan b.putih dan b. Holland. Kacau seketika. Masukan 3 bahan yang lain. Kacau seketika. Masukan 5 sudu cili boh, atau cili kering yg dikisar. Sos tiram, lebih kurang 2 sudu besar. Sos cili 2 sudu besar. Lastly tuang kuah panas2 atas ikan siakap yg siap di goreng. Rasa dia masam2 manis . Sedap yumyum. P/S : boleh jgk guna ikan kembung, bawal ikan keli. Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=928115887284023&id=898561996906079&refid=13&__tn__=%2Cg

Resepi Ikan Siakap Goreng Berlada

Image
IKAN SIAKAP GORENG BERLADA Bahan-bahan: 1 ekor ikan siakap perlu lumur garam dan kunyit 1 biji bawang besar potong dadu 4 ulas bawang putih cincang 2 inci halia hiris halus 3 helai daun limau purut 3 batang serai hiris halus 2 sudu besar sos thai 1 sudu besar oyster sauce 1 sudu besar cili sos 1 sudu teh fish sauce 1 sudu besar kicap manis 4 ulas cili padi potong kecil 3 sudu besar cili kering kisar 1 sudu teh perasa maggi secukup rasa larutkan dalam 100ml air panas 1 sudu besar tepung jagung larutkan dalam 2 sudu besar air Sedikit garam Cara Memasak: 1. Goreng ikan siakap hingga garing pastikan jangan hangus pula. 2. Panaskan minyak masak secukupnya kemudian tumis bawang besar, bawang putih, serai dan halia. Tumis sampai wangi. 3. Kemudian masukkan daun limau purut dan cili padi. Tumis seketika dan masukkan cili kisar. 4. Bila cili dah cantik pecah minyak, masukkan sos thai, cili soso, oyster, fish sauce dan kicap manis yang telah disatukan. 5. Langkah seterusnya masukkan

Resepi Siakap Goreng Masak Cili

Image
Bahan-bahan: 2 biji bwg besar 4-5 bwg putih 3 biji cili hidup Tumbuk kasar kesemua bahan diatas... 3-4 sudu cili bo@ cili kisar Gula Secukup rasa Garam Ikan yg telah digaram kunyitkn..n goreng- ketepikan... Cara2 Tumis bahan tumbuk...hingga wangi dan garing...masukkan cili...biarkan cili pecah minyak..masukkan gula,garam@secukp rasa.... Masukkn ikan...biar mendidih sesuaikn rasa..siap.. Nak letak cili padi pun boleh....tambahkan... Selamat Mencuba! Kredit: Farza shaza'eika via MAHN

Resepi Siakap Masak Asam

Image
Ikan Siakap Masak Asam is done.. dulu pantang hari2 makan masak asam , takpernah jemu pon.. sampai mak ubah resepi buh kurma dlm masak asam. sedap manis manis dan masam *Bwg besar *Bwg putih *Halia *Cili merah & cili padi *Air perahan asam jawa secukupnya *Garam, pak aji *lada hitam (kalau suka pedas ) *kurma (buang biji siap2) Cara²nya Panaskan myk tumis bwg besar,bwg putih,halia Pastu masukkan air asam jawa dan kurma masak sampai mendidih.. pastu perasakan garam+pak aji secukup rsa. masukkan ikan yg kita dh grg & cili merah, cili padi dan bawang siap! Credit rosliza rubee

Resepi Siakap Goreng Masak Tomyam

Image
RESEPI IKAN SIAKAP GORENG MASAK TOMYAM BAHAN : 1) 2biji bawang merah (kisar) 2) 3 ulas bawang Putih (kisar) 3) Cili padi (kisar) 4) 1 inci halia (kisar) 5) Serai (ketuk) 5) Pes Tomyam 6) 1 biji tomato (belah 4) 7) Cili hijau/merah 8) Daun limau purut 9) Sos Tiram 10) Kicap Pekat 11) Bawang hiris bulat 12) Gula secukup rasa 13) Ikan siakap (Goreng garing) Cara-cara : Tumis bahan kisar sampai naik bau ..masukkan serai .. masukkan pes tomyam dan sedikit air Masukkan sos tiram n kicap pekat dan masak sampai kuah jadi pekat selepas tu masukkan gula sebab nak balance kan rasa.(takut termasin) Masukkan ikan, tomato Dan bawang hiris daun limau .. kacau² dan terbalikkan terus angkat . siap! Credit By Roselyza

Resepi Siakap Stim Paling Mudah

Image
RESEPI SIAKAP STIM PALING SIMPLE =========================== . Bahan2 : Ikan siakap - 1 ekor Halia - 4 inci (lg byk lagi sedap) Serai - 5-7 batang Bwg putih - 10 ulas (lg byk lagi sedap) Bwg merah besar - 1 labu Bwg holland besar - 1 labu Cili besar merah - 1 tangkai Cili kecik merah - 5 tangkai Cili kecik hijau - 5 tangkai Tomato besar - 1 biji Buah lemon - 1 biji (perah & ambik jus sahaja) Kiub ayam Knorr - 2 kiub Pati limau nipis - secukup rasa Sos ikan Thai - secukup rasa Garam, Perasa & Gula - secukup rasa Daun ketumbar . . Cara membuatnya : 1. Perap ikan bersama kiub ayam yg dicampurkan dgn pati limau nipis (dlm gambar) . 2. Potong ke semua bahan2 (dlm gambar) . 3. Dah siap potong semua bahan, sumbatkan je bahan2 tu dlm perut ikan mcm mengandung ..Baki bahan tu boleh tabur je kat atas ikan. Masukkan terus jus lemon + pati limau nipis + sos ikan + sedikit garam + perasa + gula (P/S : Garam jgn terlebih sebab sos ikan dah masin) . 4. Masukkan air & tutup per

Resepi Siakap Blackpepper Sarawak

Image
Resepi Siakap Sarawak Black Pepper Bahan-bahan: 1 ekor ikan siakap saiz besar cuci bersih potong rama2 (potong dua tanpa putus) dan toskan. 2 sudu besar lada hitam ditumbuk hancur. 1 biji bwg kecil dimayam 1 biji tomato dipotong 6 2 ulas bwg putih dimayam 3 sudu besar sos tiram 7 keping halia yg dihiris nipis Sedikit perahan lemon Sedikt bunga kobis Sedikit lobak merah 1 sudu teh tepung jagung dibancuh dgn suku cawan air. Tepung jagung secukupnya,garam,gula secukupnya Cara-cara Utk KUAH: Tumis bwg2 dan halia hingga layu.Masukkan lada hitam yg dah ditumbuk hancur kacau sekejap dan masukan semua bahan lain KECUALI IKAN. Kacau lgi..masukan sedikit air mengikut banyak kuah yg dikehendaki. Jika suka pekat..lebihkan sedikit tepung jagung yg dibancuh dahulu dgn air. Mendidih siap. Cara-cara Utk IKan : Salut ikan dgn tepung jagung.salut kering jgn dibancuh dgn air tepung tu ye..dan goreng dlm minyak yg banyak.angkat dan curah kuah tdi atasnya siap. Credit: dapur chef

Resepi Siakap 3 Rasa Ala Thai

Image
RESEPI SIAKAP 3 RASA ALA THAI PASTI LICIN Bahan-Bahan: 1 ekor ikan siakap 2 sb minyak – untuk menumis Garam secukupnya Tepung jagung 2 sudu Lada sulah Kunyit serbuk Garam Bahan Cincang Halus: 1 biji bawang besar di dadu 3 ulas bawang putih di cincang 3 cm halia muda hiris Bahan Hiasan 1 biji cili benggala di dadu ( boleh ganti dengan lada merah besar) Nenas di dadu ( kalau tak ada boleh ganti dengan perahan limau nipis 1sb) Bahan Dihiris Halus: 3 helai daun limau purut Daun bawang untuk hiasan Bahan-Bahan Sos : 3 sb cili kisar 2 sb sos tomato 3 sb sos cili 2 sb sos ikan 2 sb gula pasir 1 sb sos tiram Garam 3 sb sos cili thai (tengok gambar) Cara Memasak: 1.Lumur dengan garam kunyit, lada sulah, tepung jagung dan digoreng garing. 2.Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit. 3.Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain serta garam dan gula. 4.masukkan bahan-bahan hiasan. 5

Resepi Siakap Stim Tomyam Putih

Image
RESEPI SIAKAP STIM TOMYAM PUTIH Bahan-bahan 1 ekor siakap sederhana besar 1 peket pes tomyam putih @adabi_consumer 1 biji bawang merah 2 inci halia Daun limau purut Daun ketumbar Cili hijau 1/2 kiub pati ayam 2 sudu besar sos ikan 1 biji limau nipis Garam secukup rasa Cara penyediaannya 1. Ratakan ikan dengan sedikit garam. Masukkan halia, daun limau purut, bawang dan cili bersama sedikit pes tomyam putih ke dalah perut ikan. 2. Pes yang lebih, lumurkan pada ikan. Lumur sehingga sebati bagi kedua-dua belah badan. 3. Kemudian, taburkan semua bahan yang dipotong. Perahkan asam limau nipis dan curahkan bancuhan sos ikan bersama kuib pati ayam adabi. 4. Kukus sehingga ia masak. Lepas masak boleh tabur daun ketumbar, cili dan tomato untuk hiasan. Selamat mencuba. . Credit: bahiah saripuddin

Resepi Ikan Siakap Mangga

Image
Ikan Siakap Mangga Lyana's kitchen 1ekor ikan siakap Tepung bestari Gaulkan ikan siakap dengan tepung bestari.. Dan goreng macam biasa... Bahan Sos ½botol sos Plum 2 sudu kecil sos cili/Thai 1 sudu kecil sos tomato Potongan cili padi ~ jika suka pedas ½cawan air masak panas letak sikit asam jawa adabi~Dlm ½ sudu kecil Gula dan sedikit garam Parutan buat mangga muda Campurkan kesemuanya dan biar rasa sedikit manis Hiasan Parutan mangga.. Untuk ditabur atas Ikan kita... (Resepi ni bole digunakan untuk ayam jugak..) Kredit Resepi : lyana's kitchen via mahn

Resepi Siakap Kengsom

Image
Resepi kengsom siakap BAHAN-BAHAN: 1 ekor ikan siakap – 3 tangkai cili merah – buang biji (*) Beberapa biji cili api (*) - letak 2 biji je. Anak2 tak berapa makan pedas 1 sk serbuk kunyit (saya tak beli kunyit hidup) 1 inci halia (*) 1 biji bawang merah besar (*) 4 ulas bawang putih (*) 1 batang serai (*) 1 inci belacan (*) Air asam jawa secukup rasa 1 biji tomato - belah 6 1 biji limau nipis – ambil jus Nanas masak secukupnya Kangkung secukupnya CARA MEMASAK - Kisar bahan-bahan bertanda (*) kemudian masukkan ke dalam periuk. - Masukkan air. Masukkan serbuk kunyit. Kacau rata. Biarkan mendidih. - Masukkan hirisan nanas. - Masak bahan tadi hingga mendidih kemudian tambahkan air asam jawa. - Seterusnya masukkan ikan dan tomato. Biar hingga masak. - Perasakan dengan garam dan sedikit gula. - Akhir sekali, masukkan kangkung dan jus perahan limau nipis. Padam api dan sedia untuk dinikmati. Cdt nina mahdar

Resepi Ikan Siakap Sweet & Sour Thai

Image
RESEPI SIAKAP SWEET N SOUR THAI Bahan2 Ikan siakap- gaul garam kunyit dan sedikit tepg jagung- goreng 3 ulas bwg putih- mayang halus 1 biji bwg besar- mayang kasar 1 inci halia- mayang halus 1/2 cawan sos tomato 1/2 cawan sos cili 1/2 cawan sos cili masam manis thai (botol warna putih merah) Sedikit sos tiram Lada benggala merah dan hijau-dadu Nenas- dadu Garam secukup kalau masih tawar Cara2 1. Tumis bahan yg dimayang smp wangi dgn sdikit minyak. 2. Kemudian masukkan semua sos2 dan sedikit air. Kacau sebati. Biarkan mendidih. 3. Masukkan lada benggala dan nenas. 4. Dah secukup rasa masam manis. Tutup api. 5. Tuang sos ke atas ikan. Siap Credit: tuan adriana arissa

Resepi Ikan Bakar Sambal guna 'Air Fryer'

Image
Ikan masih berjus walau ia dibakar dengan air fryer. Tips : πŸ”˜ balut ikan dengan daun pisang πŸ”˜ set kan air fryer  ▪️suhu 190 darjah ▪️masa 10 minit πŸ”˜ jika nak ada rasa garing sikit (bukak sikit daun pisang dan sambung bakar sikit lagi ▪️suhu 200 darjah ▪️masa 3-5 minit *kena pastikan daun pisang tu kemas tau,takut nanti akan terbang kena coil πŸ˜… Resepi Ikan Bakar Sambal Bahan A 1/2 labu bawang besar 3 ulas bawang putih Sedikit halia Sedikit kunyit Sedikit lengkuas 2 batang serai 1 biji cili padi Sedikit belacan πŸ‘†kisar semua bahan di atas Bahan B Cili kering (nak pedas letak lebih sikit) πŸ‘†kisar hingga lumat Bahan C Asam jawa Gula melaka Daun kesum Sedikit air Sedikit garam Cara-cara : 1. Tumis bahan B hingga garing. 2. Kemudian masukkan bahan A, tumis lagi hingga pekat. 3. Selepas tu masukkan bahan C. 4. Kemudian lumurkan kat ikan(letak sikit garam kat ikan). 5. Balut ikan dengan daun pisang.  6. Masukkan ke dalam bakul air fryer. 7. Kemudian setkan air fryer  ▪️ suhu 19

Resepi Gulai Ikan Tongkol menu tradisi kelantan

Image
Resepi ni memang turun temurun dari orang lama-lama dulu (dalam keluarga abeawe) *bagi abeawe resepi ni sangat special dan ternyata sangat sedap. RESEPI  GULAI IKAN TONGKOL (ore klate panggil ike ayo) 1 ekor ikan tongkol (potong) 3@4 keping asam keping Sedikit air  Garam  πŸ‘†rebus semua bahan di atas 3 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih 1 inci halia 1 1/2 inci lengkuas 1/2 inci kunyit hidup πŸ‘†kisar/tumbuk lumat semua bahan di atas 1 sudu besar kunyit serbuk 1@2 sudu besar cili kisar 4@5 tangkai cili kering (potong) 1 biji kelapa (ambik santan) Cara-cara : 1. Selepas rebusan ikan masak, masukkan bahan yang dikisar tadi. 2. Masukkan juga serbuk kunyit,cili kisar,cili kering(potong) dan santan. 3. Biarkan mendidih sekejap. 4. Masukkan sedikit garam (jika perlu) 5. Orait Done! *lagi pekat kuah lagi sedap Makan pula dengan gabungan ikan kering, sambal belacan dan ulam.. perghhhhh! πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹ Sumber: t.me/daridapurAbeawe

Resepi Ikan Masak Ala Thai

Image
Ikan Masak Ala Thai Memang Buat Terliur Aroma dan rasa dari akar ketumbar membangkitkan keenakan menu ni. Kalau tak suka daun ketumbar tu boleh skip tak payah letak. Ikan goreng garam dengan kunyit macam biasa. Mudah kan. Nah jom buat untuk menu tengahari ni. Bahan-bahan: 2-3 tangkai cili hidup merah 1-2 tangkai cili hidup hijau 2 biji bawang merah 2-3 ulas bawang putih 6-7 tangkai cili api 2 akar ketumbar sedikit air minyak bekas goreng ikan 1 biji bawang besar (dihiris) 1 batang serai 1-2 sudu besar sos tiram 1-2 sudu besar sos tomato 1-2 sudu besar sos ikan 4-5 helai daun limau purut 1 biji tomato (potong 4) ikan yang telah digoreng Cara memasak 1.Kisar cili merah, cili hijau,bawang merah, bawang putih, cili api dan akar ketumbar sehingga halus. 2.Panaskan kuali , masukkan bawang besar dan serai.Biar sampai kekuningan kemudian masukkan bahan yang sudah dikisar. 3.Masak hingga cili masak , kemudian masukkan sos tiram, sos tomato dan sos ikan. Biarkan masak seketika. 4.Mas

Resepi Cencaru Sumbat Sambal Pedas

Image
CENCARU SUMBAT PEDAS BAHAN-BAHAN • 4 ekor ikan cencaru • 20 biji cili merah dan hijau • 1 labu bawang besar • 3 biji tomato • 6 biji bawang putih • Belacan • 1 biji air perahan limau kasturi • Garam dan gula secukup rasa • 2 labu bawang besar (dihiris bulat) • Minyak masak untuk menggoreng CARA MEMBUAT 1. Belah belakang ikan cencaru diketepikan. 2. Kisar cili merah, cili hijau, bawang besar, tomato, bawang putih dan belacan. Jangan hancur sangat. 3. Kalau suka masam tambahkan air perahanan limau kasturi. 4. Masukkan garam dan gula. 5. Masukan bawang besar yang belah di hiris membulat, kacau sebati. 6. Sumbat ke dalam ikan cencaru. Biarkan selama 25 minit. 7. Siap sedia untuk goreng. 8. Pastikan goreng dengan menggunakan minyak masak yang banyak dan api perlahan. 9. Pastikan ikan betul-betul masak baru terbalikkan. Ini supaya ikan tidak hancur. Selamat mencuba. Resipi Oleh Aishah Toke Kek dari Telegram KakiMakan

Resepi Cencaru Sambal Kelapa

Image
BAHAN-BAHAN: 2 ekor ikan cencaru 100gm kelapa parut 5 biji cili padi | ditumbuk lumat 1 biji cili merah | ditumbuk lumat 2 ulas bawang merah | ditumbuk lumat 2 batang serai | ditumbuk lumat 2cm kunyit | ditumbuk lumat Sedikit belacan bakar | ditumbuk lumat BAHAN AIR ASAM: 1 sudu teh asam jawa 1 biji limau nipis Sedikit air Garam dan gula secukup rasa CARA MEMASAK: 1. Bersihkan ikan dan belah belakangnya. Ketepikan. 2. Gaul bahan tumbuk bersama kelapa parut. Sumbat ke dalam perut ikan. 3. Bakar ikan lebih kurang 30 minit atau sehingga masak. 4. Bagi menyediakan air asam, satukan kesemua bahan dan sesuaikan rasanya dengan menambah garam serta gula. 5. Sedia untuk dihidangkan bersama cencaru bakar tadi. Info chef: Selain dibakar, ia juga boleh digoreng. Kredir: Majalah Rasa

Resepi Sambal Ikan Bakar

Image
RESEPI SAMBAL IKAN BAKAR. Bahan-bahan utk sekor ikan. • segenggam cili kering yg direndam • 4 ulas bawang putih • 1 biji bawang holland size sederhana • 2 inch halia • 2 inch kunyit hidup • 1 sk kunyit serbuk • 2 batang serai • 1/2 cawan susu cair ( kalau ada santan guna santan ) • 1/2 cawan air • 1/4 cawan minyak masak • gula dan garam secukupnya Cara-cara • blend semua bahan di atas sehingga halus • lumur rata pada ikan • perap ikan selama 30 minit ( lagi lama lagi sedap ) • kemudian panaskan oven 200°c selama 10 minit • bakar selama 15 minit api atas bawah • kemudian tukar kepada api atas sahaja dan bakar lagi selama 5 minit • siap Jangan lupa air asam / sambal belacan ! Selamat mencuba. kredit: nur haziqah

Resepi Ikan Singgang Berantu

Image
IKAN SINGGANG BERANTU Bahan masakan berantu: Ikan tenggiri - 5 ketul Bawang besar - 2 labu Bawang putih - 1 labu Lada hijau - 2 biji Cili padi- 4 biji Lengkuas - 2 inchi lAsam keping - 3 keping Cara-cara: 1) Masukkan air. Masukkan semua bahan di atas.  2) Apabila air mendidih masukkan sedikit budu (kalau tak masukkan pon tak apa, ikut selera masing-masing), masukan garam secukup rasa 3) Ambil mangkuk dan boleh siap di hidang alal-ala kampung giteww. Hokayy sekarang korang boleh serbu dapur berasap korang, masak ikan singgang berantu ni tak sampai 15minit pon dah siap.  Kak Nutt dah siap masak plus menambah 3 pinggan woii. Tu la di namakan resepi masakan berantu. Hikhik Korang cubalah masak. Jom #SHARE resepi masakan berantu ni. Bagi idea kat kawan-kawan kita yang nak masak untuk somi dan anak-anak Kredit : NadiaHezlin https://facebook.com/story.php?story_fbid=1563039007075197&id=100001073391050&sfnsn=mo

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa Menggunakan AIR FRYER

Image
Ikan cencaru sumbat sambal kelapa Menggunakan AIR FRYER πŸ‘©‍πŸ³πŸ‘©‍πŸ³πŸ‘©‍🍳  Bahan Bahan sambal kelapa 🌢️  *Bawang merah 4 biji *Bawang putih 3 biji Kelapa parut putih sahaja *Cili masak 3 biji *Cili hijau 2 Biji *Belacan *Udang kering /udang kerpai /udang geragau*Mana Mana bole pilih  Serai potong kecik kecik  *Semua diatas blender ,then letak sket cili kering yg da rendam dgn air panas ,letak dalam 5,6 tangkai Masak atas api sederhana ,selepas 5minit masukkan kelapa parut tadi... Sangai dalam 4,5 minit sambal kelapa da siap...then masuk sumbat dalam ikan cencaru dah belah tadi... (Ikan letak dlm air fryer dalam 20min) *160'c  SiapπŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°.. πŸ˜… ***Last jgn lupa buat air asam kerisik utk dicicah bersama ikan bakar tadi Tau😘😘😘 Sumber: https://www.facebook.com/groups/resepiairfryer/permalink/1491036211077799/

Sambal Sumbat

Image

Resepi Sambal Ikan

Image
Cili blend Bawang besar , putih, halia ( blend) Belacan Asam keping atau asam jawa Gula (lebihkan sikit utk dapat kaler yang cantik) Garam Aji Air secukup nya Bawang hiris Panaskan minyak (lebihkan utk dapatkan sambal yg masak dan cantik) Masukkan bawang hiris masak sampai garing. Masukkan bahan blend dan belacan.. masak sampai pecah minyak Masukkan gula masak sebentar. Masukkan air asam atau asam jawa.. masak sampai pecah minyak lagi..  Masukkan air sedikit.. masak sampai pecah minyak lagi (3X) Masukkan bawang hiris Dan perisakan sambal secukupnya.. bagi pekat sikit sambal.  Masukkan ikan goreng..  Gaul sekejap siap.. hehe Selamat mencuba